Link KeGIlaan Aku

Pages

Thursday 29 December 2011

oRang syg Ma

cerita yg bagus untuk di kongsi..

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Thursday 22 December 2011

Menghabiskan waktu2 terakhir di UMT~~Part 1

Assalamualaikum

sepetang ber 'hoha-hoha'..yerla sempena mengabdikan kenangan sebelom meningalkan UMT yg tersyg..yerla 4 tahun dah, tengok bnyak perubahan kat UMT ni..okes check out ya..this picture

jeng-jeng lompat katak lompat..iyahhh

aduh..kenape tumbuk2 saya ni..x puas at ler tu

4 dara sunti

dkat trek pon jadila..

siap ade prop lagi..ahahaha ade2 ajerla


3 'org' baru belajar terbang..ohok.kikiki


sekian saje utk kali ni yer..enjoy our photoshoot..walaupon kualiti gambo kurang ckit yg ptng ttp ade utk dijdikan kenangan..ya aaa awwwrr..

p/s::jgn jeles ye nora.gambo awok dah ade ni ha..hohoho~~

Wednesday 21 December 2011

Last, last and last...last

Assalamualaikum..

Puiiii ape banyak last, last la..tp slma 7 sem hari ni yg di nantikan..Antara happy dan sedih, ada rasa puas dan rasa bersalah..Happy sbb arini last presentation, sedih sbb hari ni last dpt kumpol ramai2 dan arni ambik gamba ramai2 1 kelas (nanti da dpt gambo tu ak post ya). Puas sbb 7 sem dah di habiskan dgn jayanya..tp rasa bersalah dkt group member DEC corp sbb sy, garlic YCK tu x kembang dan gemok2. uhuk sorry. Tp sepanjang grouping dlm klas slama 7 sem.Group DEC corp is the best. Big bos sempoi, manager lain pon otai aje.. x sangka plak, 1st time 1 group ngan depa. x  sangka luaran nmpak skema tp sbnrnya bpak klakar..hahahaha tula kan org kata don't judge the book by it's cover...perghhhh tba2 berfalsafah lak aku ni..puiii..harharhar

Tp yg seronok dan x sangka, last presentation ni aku dpt tahu 1 gosip yg terhangat di pasaran?apakah?x bleh nk di dedahkan lg, kita tunggu kad wangi dr depa ya. hikhik...<bab gosip...suke sngat>.

 ha sape ni..jeng2.(gambo ni aku ambik dr pak cik goggle bkn gambo betol pon)saje aje wat gimik..aku kan suka wat gimik..padahal bkn bende betol pon harharhar...

Walau apa pon, x sangka dah nak grad aku upenya. tinggal lg 1 sem nak g LI dkt Port Klang. huhu tp LI tu mcm da masok alam pekerjaan dah la..lak tu 16 minggu..mmg la.Hehehe..tp sblom nak kecapi semua tu tesis dan final exam sdng menunggu..xleh la nk poya2 sangat..uhuk..

P/s::recharge bateri..siapkan draf tesis dan balik umah jap..1 hari pon 1 hari la..

Wednesday 14 December 2011

UMT banjir

Hari ni bukak2 aje mata, ujan turun dgn lebatnya..mlas rasa nak bangun, <kali ke-2 slps bangon kali pertama utk solat subuh>. Nak x nak kena bangun jgk g mandi, xleh nak bermals-mlsan dkat katil yg empok..lp siap tu nak g lab..naseb baik ade kawan yg baik hati kasi tumpang. Odw tu kena masok gate utama sbb jalan bnyak dah naik air..uihh dasyat2. klu mcm ni kena beli stok banjir la..huhuhu

jln biawak pon di penuhi air

kesian kat bdak2 yg pkai smart2 dan hensem2 <sbb kena presen kot> terpaksala memanjat benteng utk mengelak dr basah..kesian2

kawasan paling teruk dpn HEPA la

mmg dasyat

P/s::klu ade sampan kan best..huhuhu

Incident yg memalukan

Assalamualaikum..

Nak dijadikan alkisah dah la aku dok ngantok aje dlm klas, balik dr kelas aku tumpang keta membe aku, sbb aku ade bnyak barang..so da on hanto la aku kat ostel..aku pon turunla, sambil bawak barang kat kiri dan kanan, huh dgn mood yg separuh sedar x sedar <sbb mengantuk>, dgn x semena2 aku hilang imbangan sbb mengundur ke belakang..bub terjatuh dgn gaya slow motion, perghhhh sakit kat punggung mmg terasa....darah terasa menyerbu kat muka sbb aku ase ade org menghampiri tempat aku jatuh tu..cess...dgn pantas <sbb tindak bls reflek> dgn secepat kilat aku menyerbu masuk dlm keta balik sambil menutup muka..malu siottt..tp salah sorg dr mereka

bdak tu:cik ni ada barang tertinggal lg satu
kwan aku:Ok2 xpe2, tq

adoi aku mmg dok senyap aje sembunyi, pastu baru aku pasan masa aku nak menyembunyikan dr tu aku sempat ambil 1 plastik aje, tu pon habis lubang2 sbb aku tarik..malu ooo malu...pastu kwan aku ckp on da way balik dia terserempak dgn bdak yg nampk scene yg memalukan tu. Depa dok gelak..adoi mesti dok wat sinopsis tu..ayaiyaiayai....malu2.Tpa nasib baik bdak tu x kenal aku..kikiki

p/s::lupa plak nak wat purak2 pengsan.huhuhu

Tuesday 13 December 2011

Launching Day

Assalamualaikum

 Jum moh2 bercerita pasal launching day..mmg azab la. Bayangkan 10 jam dok berdiri dr pagi setting tempat, pastu siapkan ape yg ptot, layan panel dan pengunjung..tp dlm azab tu aku ase sngat bahagia..mane x nya 1 sem kot utk sampai ke tahap ni..bila aku wat projek ni baru la aku taw..Ya Allah susahnya..bkn sesenang minum milo aje nak tubuhkan sesuatu syrikat ni..

ni lah group membe yg jadik tulang belakang DEC corp.

Produk kami simple, tp prosesnya x sesimple yg di fikirkan, bnyak benda yg kena fikir dan kerja nak kena wat..tp kami dah berjaya lepasinya..syabas buat kami..uhuhuhu.

 ni produk kami..hebat x?

terbukti produk kami mmg sedap berduyun2 org datng
 
take picture with "hottest girl" teruja
2 org bdk nakal main cucuk belon..x pasal2 kena marah..=p

P/s:: subjek Product Development mmg syokkk!!!



Sunday 11 December 2011

Himpunan delgasi-deligasi dari seluruh dunia

Assalamualaikum..


uih dah lamo den dok update ni..so teritan kali ni aku nak cite sal Dinner aritu hehehe..tema bukan men arabian mask, tp masing2 mcm delegasi2 yg datang dr seluruh dunia, dr afrika, india, pakistan, mesir..hakhakhak..tp ade 1 yg paling klaka..hikhik..mlm tu aku pkai jubah...hakhak..mcm x cayer lak...aku pon nk tergelak2..sopan tuhh..nak wat cena pkai aje mane yg sangkut x sempat menyempat dah eh..

  ha..cantik x aku pkai jubah ni..hikhik..first time tuh..mak aku x pernah tengok lagi..cun x?cun x?
 dgn kekasih hati tersyg..uhuk..my BFF...kiki..yg peliknye klu kami amek gambo same2 mesti x jadi..huhu
4 org aje laki melayu klas aku..lg sorg dok bz mane ntah sbb menang king of the night..so bz la die.
maseng2 gempak..aku aje yg comot kat citu..hahahahaha
sempat lagi..
 last skali..LOve is ON air..kikiki

P/s:: Last dinner tok kite..uhuk..nanti bila la lagi





Sunday 4 December 2011

PDT..mengamit memori

Assalamualaikum wahai pembaca yg comel dan kacak,

Skank ni ostel U aku ade msalah air..dah la skank ni tahap genting, esok test, hujung minggu ni present final FYP, selasa dpan launching produk..<poster, produk package, pemplet, persiapan tempat, video iklan, prototype>, ujung minggu plak present esemen dan lagi seminggu kena hantar complete tesis..siyes aku nak sawan..arghhhhhhhhhhhhh...satu hal plak air xde..mandi sekali sari aje..sabo jelah

Teringat plak aku mase PDT, kat KMK kedah dulu..cam gni jgk tahap2 genting tu, nak exam final PDT, air xde..sedih plak.sambil tunggu lori angkut air datang dok stdy ramai2 bawah bayang2 lampu jalan..sobsob..sedih plak teringat. tapi nasib sy ni penyabar..<penyabar ke>..klu penyabar x merapu mcm ni hikhikhik..sape yg dak2 PDT, KMK mesti penah rasa benda ni..tp org kata pengalaman tu yg mewarnakan hidup kita..betol jgk bila aku pk balik..hurmm

p/s::Ya Allah, ya Tuhan ku berilah kekuatan rohani dan jasmani kpdku agar aku dpt mengharungi semua dugaanmu ini dgn tabah..amin.

Thursday 1 December 2011

akhirnya aku sah menjadi milik nya

assalamualaikum

syukur alhamdullilah, rezeki tahun baru agaknya akhirnya aku dah jd sah miliknya..berdebo, mmg berdebo, dah lama berharap akhirnya bunga kat taman ni di sunting jgk..<blushin2..gedix2 manja>

opss sudah2, tamatkan kontrovesi ni plezz, jgn dok kecewakan si kumbang2 yg tengah mengusha2 nak masok line..hikhik..rilex la brader, ade space lagi ni, bunga ni kosong lagik..nak masok minang pon muleh lagik..harhar..yg aku maksudkan di sunting tu..aku nak cakap  yg aku ni dh berjaya dpt tempat pektikal, syukur sngat2..ngehngehngeh...seyes gila aku melalak ngan penuh kepuasa..yerlo dah berpuluh2 ringet malaysia terbang melayang guna wat print, ngan pos laju resume..tu x termasok lagik dgn serangan psychology..



p/s::anyway papepun ase syukur sangat sbb dah dpt tempat LI...