Link KeGIlaan Aku

Pages

Thursday 29 December 2011

oRang syg Ma

cerita yg bagus untuk di kongsi..

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Thursday 22 December 2011

Menghabiskan waktu2 terakhir di UMT~~Part 1

Assalamualaikum

sepetang ber 'hoha-hoha'..yerla sempena mengabdikan kenangan sebelom meningalkan UMT yg tersyg..yerla 4 tahun dah, tengok bnyak perubahan kat UMT ni..okes check out ya..this picture

jeng-jeng lompat katak lompat..iyahhh

aduh..kenape tumbuk2 saya ni..x puas at ler tu

4 dara sunti

dkat trek pon jadila..

siap ade prop lagi..ahahaha ade2 ajerla


3 'org' baru belajar terbang..ohok.kikiki


sekian saje utk kali ni yer..enjoy our photoshoot..walaupon kualiti gambo kurang ckit yg ptng ttp ade utk dijdikan kenangan..ya aaa awwwrr..

p/s::jgn jeles ye nora.gambo awok dah ade ni ha..hohoho~~

Wednesday 21 December 2011

Last, last and last...last

Assalamualaikum..

Puiiii ape banyak last, last la..tp slma 7 sem hari ni yg di nantikan..Antara happy dan sedih, ada rasa puas dan rasa bersalah..Happy sbb arini last presentation, sedih sbb hari ni last dpt kumpol ramai2 dan arni ambik gamba ramai2 1 kelas (nanti da dpt gambo tu ak post ya). Puas sbb 7 sem dah di habiskan dgn jayanya..tp rasa bersalah dkt group member DEC corp sbb sy, garlic YCK tu x kembang dan gemok2. uhuk sorry. Tp sepanjang grouping dlm klas slama 7 sem.Group DEC corp is the best. Big bos sempoi, manager lain pon otai aje.. x sangka plak, 1st time 1 group ngan depa. x  sangka luaran nmpak skema tp sbnrnya bpak klakar..hahahaha tula kan org kata don't judge the book by it's cover...perghhhh tba2 berfalsafah lak aku ni..puiii..harharhar

Tp yg seronok dan x sangka, last presentation ni aku dpt tahu 1 gosip yg terhangat di pasaran?apakah?x bleh nk di dedahkan lg, kita tunggu kad wangi dr depa ya. hikhik...<bab gosip...suke sngat>.

 ha sape ni..jeng2.(gambo ni aku ambik dr pak cik goggle bkn gambo betol pon)saje aje wat gimik..aku kan suka wat gimik..padahal bkn bende betol pon harharhar...

Walau apa pon, x sangka dah nak grad aku upenya. tinggal lg 1 sem nak g LI dkt Port Klang. huhu tp LI tu mcm da masok alam pekerjaan dah la..lak tu 16 minggu..mmg la.Hehehe..tp sblom nak kecapi semua tu tesis dan final exam sdng menunggu..xleh la nk poya2 sangat..uhuk..

P/s::recharge bateri..siapkan draf tesis dan balik umah jap..1 hari pon 1 hari la..

Wednesday 14 December 2011

UMT banjir

Hari ni bukak2 aje mata, ujan turun dgn lebatnya..mlas rasa nak bangun, <kali ke-2 slps bangon kali pertama utk solat subuh>. Nak x nak kena bangun jgk g mandi, xleh nak bermals-mlsan dkat katil yg empok..lp siap tu nak g lab..naseb baik ade kawan yg baik hati kasi tumpang. Odw tu kena masok gate utama sbb jalan bnyak dah naik air..uihh dasyat2. klu mcm ni kena beli stok banjir la..huhuhu

jln biawak pon di penuhi air

kesian kat bdak2 yg pkai smart2 dan hensem2 <sbb kena presen kot> terpaksala memanjat benteng utk mengelak dr basah..kesian2

kawasan paling teruk dpn HEPA la

mmg dasyat

P/s::klu ade sampan kan best..huhuhu

Incident yg memalukan

Assalamualaikum..

Nak dijadikan alkisah dah la aku dok ngantok aje dlm klas, balik dr kelas aku tumpang keta membe aku, sbb aku ade bnyak barang..so da on hanto la aku kat ostel..aku pon turunla, sambil bawak barang kat kiri dan kanan, huh dgn mood yg separuh sedar x sedar <sbb mengantuk>, dgn x semena2 aku hilang imbangan sbb mengundur ke belakang..bub terjatuh dgn gaya slow motion, perghhhh sakit kat punggung mmg terasa....darah terasa menyerbu kat muka sbb aku ase ade org menghampiri tempat aku jatuh tu..cess...dgn pantas <sbb tindak bls reflek> dgn secepat kilat aku menyerbu masuk dlm keta balik sambil menutup muka..malu siottt..tp salah sorg dr mereka

bdak tu:cik ni ada barang tertinggal lg satu
kwan aku:Ok2 xpe2, tq

adoi aku mmg dok senyap aje sembunyi, pastu baru aku pasan masa aku nak menyembunyikan dr tu aku sempat ambil 1 plastik aje, tu pon habis lubang2 sbb aku tarik..malu ooo malu...pastu kwan aku ckp on da way balik dia terserempak dgn bdak yg nampk scene yg memalukan tu. Depa dok gelak..adoi mesti dok wat sinopsis tu..ayaiyaiayai....malu2.Tpa nasib baik bdak tu x kenal aku..kikiki

p/s::lupa plak nak wat purak2 pengsan.huhuhu

Tuesday 13 December 2011

Launching Day

Assalamualaikum

 Jum moh2 bercerita pasal launching day..mmg azab la. Bayangkan 10 jam dok berdiri dr pagi setting tempat, pastu siapkan ape yg ptot, layan panel dan pengunjung..tp dlm azab tu aku ase sngat bahagia..mane x nya 1 sem kot utk sampai ke tahap ni..bila aku wat projek ni baru la aku taw..Ya Allah susahnya..bkn sesenang minum milo aje nak tubuhkan sesuatu syrikat ni..

ni lah group membe yg jadik tulang belakang DEC corp.

Produk kami simple, tp prosesnya x sesimple yg di fikirkan, bnyak benda yg kena fikir dan kerja nak kena wat..tp kami dah berjaya lepasinya..syabas buat kami..uhuhuhu.

 ni produk kami..hebat x?

terbukti produk kami mmg sedap berduyun2 org datng
 
take picture with "hottest girl" teruja
2 org bdk nakal main cucuk belon..x pasal2 kena marah..=p

P/s:: subjek Product Development mmg syokkk!!!



Sunday 11 December 2011

Himpunan delgasi-deligasi dari seluruh dunia

Assalamualaikum..


uih dah lamo den dok update ni..so teritan kali ni aku nak cite sal Dinner aritu hehehe..tema bukan men arabian mask, tp masing2 mcm delegasi2 yg datang dr seluruh dunia, dr afrika, india, pakistan, mesir..hakhakhak..tp ade 1 yg paling klaka..hikhik..mlm tu aku pkai jubah...hakhak..mcm x cayer lak...aku pon nk tergelak2..sopan tuhh..nak wat cena pkai aje mane yg sangkut x sempat menyempat dah eh..

  ha..cantik x aku pkai jubah ni..hikhik..first time tuh..mak aku x pernah tengok lagi..cun x?cun x?
 dgn kekasih hati tersyg..uhuk..my BFF...kiki..yg peliknye klu kami amek gambo same2 mesti x jadi..huhu
4 org aje laki melayu klas aku..lg sorg dok bz mane ntah sbb menang king of the night..so bz la die.
maseng2 gempak..aku aje yg comot kat citu..hahahahaha
sempat lagi..
 last skali..LOve is ON air..kikiki

P/s:: Last dinner tok kite..uhuk..nanti bila la lagi





Sunday 4 December 2011

PDT..mengamit memori

Assalamualaikum wahai pembaca yg comel dan kacak,

Skank ni ostel U aku ade msalah air..dah la skank ni tahap genting, esok test, hujung minggu ni present final FYP, selasa dpan launching produk..<poster, produk package, pemplet, persiapan tempat, video iklan, prototype>, ujung minggu plak present esemen dan lagi seminggu kena hantar complete tesis..siyes aku nak sawan..arghhhhhhhhhhhhh...satu hal plak air xde..mandi sekali sari aje..sabo jelah

Teringat plak aku mase PDT, kat KMK kedah dulu..cam gni jgk tahap2 genting tu, nak exam final PDT, air xde..sedih plak.sambil tunggu lori angkut air datang dok stdy ramai2 bawah bayang2 lampu jalan..sobsob..sedih plak teringat. tapi nasib sy ni penyabar..<penyabar ke>..klu penyabar x merapu mcm ni hikhikhik..sape yg dak2 PDT, KMK mesti penah rasa benda ni..tp org kata pengalaman tu yg mewarnakan hidup kita..betol jgk bila aku pk balik..hurmm

p/s::Ya Allah, ya Tuhan ku berilah kekuatan rohani dan jasmani kpdku agar aku dpt mengharungi semua dugaanmu ini dgn tabah..amin.

Thursday 1 December 2011

akhirnya aku sah menjadi milik nya

assalamualaikum

syukur alhamdullilah, rezeki tahun baru agaknya akhirnya aku dah jd sah miliknya..berdebo, mmg berdebo, dah lama berharap akhirnya bunga kat taman ni di sunting jgk..<blushin2..gedix2 manja>

opss sudah2, tamatkan kontrovesi ni plezz, jgn dok kecewakan si kumbang2 yg tengah mengusha2 nak masok line..hikhik..rilex la brader, ade space lagi ni, bunga ni kosong lagik..nak masok minang pon muleh lagik..harhar..yg aku maksudkan di sunting tu..aku nak cakap  yg aku ni dh berjaya dpt tempat pektikal, syukur sngat2..ngehngehngeh...seyes gila aku melalak ngan penuh kepuasa..yerlo dah berpuluh2 ringet malaysia terbang melayang guna wat print, ngan pos laju resume..tu x termasok lagik dgn serangan psychology..



p/s::anyway papepun ase syukur sangat sbb dah dpt tempat LI...

Sunday 27 November 2011

Kisah Pompuan

Assalamuaaikum,

ini kisah pompuan, bukan kisan lelaki atau pondah nyah2. motif citer ni adalah sal shopping. kisah pompuan tu aku la ngan geng2 pompuan yg lain..perghh mmg smgat r kitorg menjelajah bandar Terengganu mencari sepersalinan pakaian semata2 utk dinner<------kan dah ckp bila namene pompuan..hikhik
 suka shopink satu hal masalah nak jumpe yg berkenan pon 1 hal..hakhak aku mcm tu la..pompuan lain aku ase same jgk..walaupon aku kate aku ni x cerewet tp sbnrnya aku cerewet jgk sbnarnye..yela kan ce pikir kalau beli something la..brandnye xde pon tapi harga perghhhhhhh mahal gile..pastu pkai x sampai sbln dah koyak sana sini..what da hell..x resonable lansung tuh..
tengok kasut ni cantikkan..ermmm i loike
hak-hak..perghh mmg menawan kalbu la kasut2 mcm ni.aku x penah pakai..tp aku nk cuba..msti syok <tp klu jatuh mmg x syok>..hahahahahahaha

pompuan ni klu bab shopink mmg x habes nak cerita..7 hari 7 mlm pon x habes..

p/s::kdang2 seronok jdik pompuan kadang2 x sonok sbb klu dinner mesti kena pikir sal mcm2 makeup, baju, tudung gaya ape..hadoi jadik laki kan senang..=p

Saturday 26 November 2011

Ingredient makanan dan minuman termahal di dunia

assalamualaikum..
ohayo..
nomastee..
sawadhikap..

sbb aku ni pecinta makanan mulai hari ni aku akan update something yg best2 sal makanan di samping berceloteh sal dunia student yg x lama lg dah nak habes ni..hihi..okeh2 jum berbalik kpd story yg asal..aku nak citer sal 2 bende yg termahal dkat dunia iaitu cendawan truffle ngan kopi luwak.

first, meh kiter bercerita sal cendawan truffle


nilah ruper bentuk cendawan black truffle..tengok mmg hodoh kot..mcm dot..dot pon ade..tp percaya atau tdk cendawan ni dijual dgn harga >Rm1k..utk sekilo..perghh x terdayo eden nak membeli..baik beli mende lain lagi lah nyo.

truffle ni jgk  membiak dalam tanah dkat kawasan berhampiran pkok..so dgn itu kerja utk mencari cendawan ini terpksala guna khimat anjing atau babi..so dgn adenye pekerja tambahan ni maka agk2 was2 la utk org Islam nak mkn..tp scr lahiriahnya truffle ni halal utk di makan..

ok the second thing aku nak cite adela sal kopi luwak..kopi luwak ni pon merupakan minuman yg termahal dkat dunia..harganya kire > RM1k jgkla samela dgn truffle tu td..ermmm teringin nak try rasenya cemna..nak2 aku ni mmg suka mnum kopi..setiap titis mmg berharga tu wa ckp lu..hahaha

tp yg menyedihkannye..bile aku taw cemna kopi luwak ni terhasil..aku ase xpla xmo..sorry..mahal pon aku xmo..kenape aku xmo?meh aku cite...

versi 1: (agak ngeri sedikit)
kopi ini dihasilkan drp tahi luwak atau musang yg berak setelah makan buah kopi..

versi 2: (cerita yg berilmiah)
musang akan dilatih utk makan buah kopi yg berkualiti dr pokok kopi. setelah makan, buah kopi td akn di cerna atau dproses oleh enzyme yg ade dkt dlm perot musang tu..stlah itu musang tu akn berak. dan tahinya akn di ambil dan di proses dan dijadikan kopi yg termahal di dunia.

status Halal;
Indonesia; disahkan halal sbb walaupun kopi ini diambil dr najis musang ttp kopi ini menjalani proses2 yg di mana tlh menyingkirkan najis2 dan benda x sepatutnye dan menjadikannya produk.
Malaysia: status halal masih dlm perbincangan..

p/s;perghhh mahal tu 2-2..

Saturday 19 November 2011

aku gelak terbahak-bahak

kes 1: teka-teki sonsang

di sebuah sungai yg besar ade seekor buaya yg mempunyai kegemaran pelik iaitu memakan 'telor lembu'. nak di jadikkan cerita, suatu hari seekor lembu hendak menyeberangi sungai itu. apakah cara yg terbaik utk mengelakkan drp lembunye di makan buaya..hehehehe...ce teka..ce teka.
.
tulun2 selamatkan teloraku dari buaya yg jahat..uwaaaaa...

p/s jawapannya;;lembu tu berenang scara kuak lentang...jadi selamatla telornya dr di makan..betol x?betol x?hahahahahahaha


Thursday 10 November 2011

Kua jejalan tapi....

hari ni 1 bandar jerteh aku pusing semate2 nak carik baju dinner..tp xjumpe2 pon..ni la hai pompuan susah nak jumpe yg berkenan..last2 duit habes wat beli bende yg x di rancang..tp xpe beli tok kegunaan family gak..aku kan anak yg baik..hihi..malu aje puji dr sndr...pastu pusing punye pusing...aku ternampak 1 group laki ngah kumpol2---->bergosip kot..tp eh mcm knl..nk g tegor ke nak menyelinap di sebalik susunan2 stok beskut yg banyak ni...ngah aku berkire2...

kawan aku:ha....
aku:ha...(sambil wat peace...dlm otak sbnrnye nak lari aje.yerla seme laki kot..ak kan pemalu..huwaa)

sbb depa dah nmpak aku, aku pon bersegerala ke sana jgk..tp tibe2..alamak, tp disebabkan aku ni sngt teror wat muka blur+bodoh2 alang, aku pon aplikasikan teros la..sekali X-ak ader sama la..tp skank aku tengok die bahagia dgn gf die..okla tu xderla aku aser bersalah sangat..hikhik

p/s::alah biasala dulu2 cinta monyet

Tuesday 1 November 2011

pArt time jadik Pemandu pelancong x bergaji


cuti depavali aritu aku bawak kanak2 riang balik kg..hahaha sonok kemain..yg sorg dpt buah rambutan, sorg dpt buah salak..hahahaha x ingat dunia..mkn tido, mkn tido..mmg heaven mcm honeymun aje..<padahal keje tertangguh berlambak2..kih2 mcm x biase>..then next 2 days..menyusul plak 4 org..jadik bilang seme2 cukop 7 org termasok aku..so, tok bagik meka merasai indahnye daerah besut aku bawak la jenjalan kesemerata tempat 
pasar tani besut- sory xdan nak snap gambo
Lata Belatan- dkt blkng umah aku ajer
 jambatan gantung yg menjadi pujaan
7 org puteri <sorg tukang snap gambo>...kat LA Hot Spring..air die mmg seyes panas
amaran ni...tp telor ape ya??kompius..kih3
dan last skali...pantai Bukit keluang..kat panai ni penah jadik tempat shooting cite Hikayat Merong Mahawangsa..jgn tengok sblah mata..hihi

terasa bangga lak jadik warga BESUT...sesape nak suh aku bawak jenjalan lgik ok aje..no hal..

Sunday 30 October 2011

di serang Hantu icing

today is my besday..thanks a lo to my bff miss ain ngan cik zyza sbb dah belikan aku kek yg chumel dan yummy..hehehe
tadaa chumel x?yg umur tu 23 bkn 25 jgn slh tengok lak..i maseh mude belia u..kih3
muke excited..tp background masyaAllah biasela kan bilek bujang..harhar

mmg sonok..tetibe oorg wat serprise dtng bilek ketuk2 sambil bawak kek ngan adiah "spesel"..tp yg x syok sbb disbbkan kek tu kaya dgn icing maka kek tu di jdikan bom atom yg dasyat..maseng2 muka mcm zomba kg pisang..dgn rambut ngebang2 kah2 biler pikir balek klaka giler pon ade..x pasal kena mandi kali ke-2 ngan mop lantai bilek..semenye kes bdk2 yg speruh matang cik rozane ngan cik mashi..x pasal2 aku yg dah matang ni terjerumus sama...anyway
THANKS A LOT MY FRIENDS
>>LOVE U<<

Sunday 23 October 2011

uhukkkkk aku ni hantu megi~mee segera

oh no...
no more megi..
no more mee segera..
no more instant noodle..
<ni rap yer..klu nak bace mesti rap>

bajet mcm pertama kali tahu bende ni..wat malu jadi budak fud tech aje..tp giler mkn megi..hari2 mkn megi..asyek2 megi2..hakhakhak..syok aper kan..senang, sedap, lazat dan yg paling pening murah tu beb..kikiki..tp sedar x sedar kiter dah masokkan perot kiter dgn mcm2 chemical yg berbhya..<termasok aku dan pengemar2 mee segera yg lain>

ni lah antara chemical2 yg dgn selambe kiter masukkan dlm perot kiter tu.

136bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalammi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atasmenunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turutditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut MajlisPengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlahlemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada hadpengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen
.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate:Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesansampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat danmenghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate:Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci),bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas,penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycolelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untukpembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsidalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambilboleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane:
Digunakandalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat danlicin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.Pewarna tiruan(contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepadahiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbangkepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkinmenjadi penyebab kanser.



TIPS:::

tapi kalau x tahan sbb addicted sngat dgn megie, leh aje mkn<pandai2 bagik nasihat kang klu sakit saper nak tangung?>...salah 1 caranya adalah kite masak <rendam dlm air panas- bg yg malas mcm aku ni.> dulu mee tu, lepas mee tu kembang buang air tu..pastu bilas mee tu dgn air..pastu tambah air panas and then bru tambah perencah..selamat kot sikit cara ni...slmat mencube~~~




Thursday 20 October 2011

sape nak saya

sape nak sy sila angkat tangan skank!!!!!!!!!! 
uwaaaaaaaa tesennye dah jual dr pon xder org yg sudi..kesian betol lorhh ni seme kes internshipp hadoi..kol sana, kol sini..sampai suare pon jadik serak2 basah giteuww..ahak gile..wakakakaka..n then last2 mak siti jugak yg sedia membeli drku ini..weeunnnnnnnnnnnnnnnngggggggggggggg

Monday 17 October 2011

kerja aku sbg Marketing MANAGER

cehhh kanmain kasik part ejaan MANAGER tu kasik beso..mcm la jadik manager betol..poyo giler..ahahahaha..ingat sesenang mkn karipap ke? bukak mulut..ngapppp..pastu keyang..pastu tunggu 2-3 jam siap proses sedut2 seme zat2 karipap tu kat dlm perot pastu ke wat pelaburan saham juta2 kat bilik kecik..hikhikhik..aper aku melalut nih...ni mesti terkena sawan si mashi ni hadoi..biler la aku nak sedor ni..asyek2 x matured2 ni..tp kan jgn jeles harini suare aku garau..ahahahaha------>aku baru baligh mlm td ke?mungkinkah.?????????...sudah2 STOp..sTOp...kanmain dok melalut..hish2 hish2..back to story okeh..kembali ke alam yg nyata..udah2 la dok terbang ngan PAk pander..

okeh back to tajuk entry..hehehe kerja aku sbg marketing manager..hah..susah tu..ingat senang..aku pening pale dah ni cemner nak kasik aku punyer produk tu skali org tengok teros beli..plak tu bukan beli satu aje..tp berdozen2..kehkehkeh------->salu berangan. ahahaha walaupon produk syrikat aku nih produk tradisional, tp kami da kasik penambahbaikan dah..so nak kasik lebih gempak packaging kena menarik..iklan mesti power, poster mesti uUUUUUUUUmmmmmmPPPPPPpphhhhhh...tp gimana..hayooo...saper2 ader idea..cer kasik siket...

td aku ader ternmpak 1 gambo..1st time nih aku tengok..perghhh hebat ah dieorg..x penah pon aku terpk nak wat mcm tu..tp diorg ni kreatif lorrr..cer tengok klu x caye


menarik kan?kan?kaaaaaaaaaan?????

Friday 14 October 2011

Alamak::dah start penin2, loya2 dan kepenatan..ape tandenye??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.pagi2 lagi aku dah terpaksa telan ubat kaler hijau...aucuhhhh rasenye...x dpt di ungkapkan dngan kata2..<cehhh feeling terlebih>..ini seme akibat batin yg x sihat...alamak..batin ku tersiksa...sobsob..asyek penin2, lalok, loya2 dan keletihan yg melampau...aduhai....ni kot kesan2 atau simptom2 yg ader pade seme bdak2 final year..tekanan perasaan ah gini...keje melambak2..sampai bila nak siap x taw...aku pon dah pancit ni..dr pg dok melepak kat cafe wat kije ni..tp x ciap2 gak hadoi...tp naseb baik ader bende best leh tengok...ahahahahaha anak2 ikan ngah ber'modeling' dgn berbagai2 gaya..hakhakhak..klaka lak aku tengok


kisah sonsang 3 dara sunti

awwwwwwrrrr....pagi2 buta kami dah memulakan langkah kanan..Alhamdullilah kami mmg di berkati arni...yerlah tunggu bas keranda x sampai peloh ketiak pon mcm org lain----->bdak2 kat citu muka maseng2 dah bengang sbb stress tunggu bas lame sangt kot..ahahahaa kcian..

 3 dara sunti yg suka mengedix

sampai2 kat mydin..<ni jerlah shopink complex yg pling best kat cn wat mase ni>...maseng2 lam otak ingat nk mkn aje..mane xnye 3-3 hantu makan...awwwrrrr...kyang perot kitorg pergi mencarik hiburan---->cehh ayt x tahan..mula2 nak main game ajer ntah mcm mane si mashi tu kena sampok 'saka k.limah yg bercite2 nak masok AF' gamaknye..terus g bayor rm5 tok 6 lagu...aper lagi..melalak-melalu la kitorg si 3 dara sunti nih...suare xsoh dok kate mmg sumbang mahram la...klu g audition nyanyi x sampai 1 rangkap dah kena halau...ahahahaha lpas syok melalak x sampai x ingat dunia..tibe2 malu perasaan malu gilak terbit di sanubari masing2 nk klua dr bilik kecik lagik gelap tuh..hahahahaha..

 3 dara sunti yg poyo giler bajet dah pakar gila bab mkanan nih

tp part paling best..g testing makanan kat bahagian makanan..3-3 bajet mcm expert konon komen produk org..<padan dlm otak misinye 1 aje------->mkanan free beb rezeki tuh saper tanak harrrrrwwww>..sambil ngomen2 bagai sambil cucuk sampel tuh masok mulut..last2 kyang blah aje ngan muka slamber..sabo ajerla

p/s::bila pkir2 balik x sia2 lah kitorg yg kuat makan ni menceburi bidang makanan nih..an?an?an?ahahahaha

Wednesday 12 October 2011

Bercerita soal hati

Semakin membenci dirimu,
semakin sakit aku menangungg rindu yg menggunung,
wahai angin bawalah semua kenangan aku dan dia,
sesungguhnya walaupon aku redha dgn ketentuan-NYA,
tapi aku tetap menyesali kekhilfan diri,


Andai masa boleh berputar kembali,
Tidak ingin ku menerima huluran kasihmu,
kasih yang penuh kepura-puraan,
kasih yang menghancur lumatkan hatiku.

Amarahku membuatku mengharapkan kau juga tersiksa sepertiku,
Membuatkan tidur malammu terganggu di hambat perasaan rindu,
Menjadikan hari-harimu murung semurung awan hitam berarak,
menjadikanmu di hambat rasa bersalah

Tetapi aku redha dgn semua janji-Nya
aku pasrah dengan ketentuan-Nya
biarla takdir yang menentukan segalanya
tapi janganlah hatiku terluka untk kali ke-3

Ya-Allah sesungguhnya aku bukanlah hambamu yg sempurna,
aku tidak mengharapkan kesempurnaan pasanganku
akan tetapi cukupla skiranya kami menjadi pelengkap
dan izinkanlah kami meneguk kenikmatan dunia sebelum kembali kepada-Mu



Sunday 9 October 2011

Hoi minah kau taw x aku tengah bengang

yup aku tengah bengang..bengang gile kot..

1.0 kenape aku bengang?


1.1 aku ngah install antivirus..dah la kejadahye sembab bembab lambat..tetibe ade

staff :..pkai bateri x nak cek plug la..
aku;sy x bawak bateri la en
staff;tp sy nk cek plug ni
aku;ok jap ek sy off..<dlm hati aduh aku ngah download installer ni dah half way dah ni..half an hour tuh>

1.2 ok la aku pon ttp ajer aku punyer laptop dgn berat at..
pastu aku buka balek..pastu..

staff;ehh awk leh x psang plug awk kat cn..<muka tersengeh2>
aku;hah?..sy da bukak dah..xkan nak ttp balek..<grrr dlm at bkn da ade alat ke?ngade ngat eh suh aku buka ttp laptop..buka ttp dah la xde bateri>
staff:ok2 xpe..

1.3.biasela klu dah install antivirus kena restart laptop kan..okeh aku sabo aje..wat biar jadik smooth gitu bia berbaloi aku bayar RM18 hinget utk antivirus tuhh..

1.4. ngah2 syok aku dok melepaskan rindu bace komen2 geng2 aku..dgn gaya tersengeh2 aku..tetibe..zappp skrin laptop aku gelap...per kejadahnye ni pulak..dan aku angkat muka tengok ade minah tergedik2 pengang aku punye plug...dgn muka bengang giler aku nih aku tengok die..

minah 1:alamak
minah 2:hah sian die, dah slah plug dah <gedix2>
minah 2 lagi:tengok die marah dah..
minah 1:sory...

hoi minah sory aje..klu sory pon ckp bia ok ckit boleh..sory mcm x wat salah beso..boleh x bgik ayt tu yg uleh wat aku sejuk hati x...haiiiiiiiii maunye aku sound..xde mate ke??

klu aku tembak korg sorg2 bolehh..spoiled mood aku aje